fbpx

Pelbagai kaum sambut Deepavali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Munisamy (duduk,tengah) menerima kunjungan penduduk berbilang kaum sempena sambutan Deepavali di rumahnya hari ini. -Foto AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Sambutan Hari Deepavali hari ini disambut sederhana tetapi meriah dalam suasana Keluarga Malaysia yang dihadiri masyarakat pelbagai kaum.

Selepas lebih dua tahun tidak dapat beraya bersama ahli keluarga dan jiran berikutan pandemik Covid-19, perayaan Deepavali kali ini cukup bermakna apabila mereka dapat berkumpul beramai-ramai.

Kemeriahan sambutan itu turut dikongsi oleh keluarga N. Munisamy, 44, bersama jiran tetangga berbilang bangsa yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gua Musang.

Munisamy berkata, perayaan pesta cahaya adalah peluang untuk berkumpul dengan jiran tetangga.

Katanya, pada hari pertama Deepavali, keluarganya mengundang jiran dan rakan untuk beraya di rumahnya.

“Kami gembira apabila dapat menyambut Hari Deepavali bersama keluarga Melayu, Cina dan India.

“Selain makan makanan tradisional India seperti tosai, maruku dan kari, kami juga akan menziarahi rumah jiran, saudara mara selepas dua tahun beraya di rumah selepas mengikut prosedur operasi standard akibat Covid-19,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Seorang jiran, Lee Man Theng, 41, kemeriahan sambutan kali ini dapat dirasai apabila dia dan suami berkunjung ke rumah jirannya yang berbangsa India.

“Ini kali pertama saya dijemput dan hadir ke rumah terbuka Deepavali selepas pandemik Covid-19.

“Kami merasakan ini semangat Keluarga Malaysia apabila pelbagai kaum hadir untuk bersama-sama memeriahkan Hari Deepavali,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI