fbpx

Pelajar diwajibkan pakai ‘topi antimenipu’ dalam peperiksaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara ‘topi antimenipu’ yang dihasilkan pelajar menggunakan kotak telur. - Bicol, Mary Joy Mandane-Ortiz

MANILA – Beberapa rakaman  menunjukkan pelajar sebuah kolej di Filipina memakai alat digelar ‘topi antimenipu’ menjadi tular di media sosial dan dianggap lucu oleh ramai netizen, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Pelajar kolej di Bandar Legazpi itu menghasilkan pelbagai jenis ‘topi’ selepas diminta oleh pensyarah mereka untuk memakai  apa sahaja penutup kepala dan sisi  muka bagi menghalang mereka  mengintai jawapan pelajar lain.

Ramai  pelajar menghasilkan topi tersebut yang diperbuat daripada kadbod, kotak telur dan bahan kitar semula lain.

Profesor Kejuruteraan Mekanikal di Kolej Universiti Kejuruteraan Bicol, Mary Joy Mandane-Ortiz memberitahu BBC bahawa beliau mencari kaedah lucu untuk memastikan pelajar kelasnya memiliki integriti dan kejujuran ketika menjawab peperiksaan.

Kata Mary, idea tersebut terbukti berkesan.

Ia dilaksanakan ketika peperiksaan pertengahan semester yang diduduki oleh beratus-ratus pelajar pada minggu ketiga bulan ini.

Menurut Ortiz, dia mendapat inspirasi daripada teknik yang sebelum ini dilaporkan digunakan di Thailand beberapa tahun lalu. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI