fbpx
GARA-GARA busana yang dipakai dikatakan meniru faya Gigi Hadid, Urvasji menjadi bahan ejekan peminat.

Tiru gaya Gigi Hadid, pelakon popular Bollywood kena kutuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SETIAP kali pelakon Urvashi Rautela melangkah di karpet merah Festival Filem Cannes, pasti ada sahaja cerita mengenai penampilannya.

Kali ini nama bekas ratu cantik India itu menjadi sorotan selepas dia dikatakan meniru busana tradisional India yang pernah dipakai Gigi Hadid.

Urvashi memakai sari berwarna emas dan putih sama seperti yang pernah dipakai Gigi ketika menghadiri sebuah acara di India beberapa tahun lalu.

Disebabkan itu, netizen mula menyindirnya dengan mengatakan Urvashi wanita pertama yang meniru gaya Gigi Hadid.

Sebelum ini Urvashi terkenal sebagai pelakon yang suka mengeluarkan kenyataan dia orang pertama melalui pelbagai perkara yang sering mencuit hati netizen.

Antara yang mencuri perhatian adalah Urvashi mendakwa dirinya wanita pertama di India bergelar Miss Universe India sebanyak dua kali.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN