fbpx

Pencuri hubungi polis risau dibelasah orang ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yeasin (kiri) risau dipukul orang ramai apabila terkurung di dalam sebuah kedai. - UNB

DHAKA – Seorang pencuri di Bangladesh nekad menelefon polis kerana khuatir dibelasah oleh sekumpulan perusuh selepas terkandas dalam sebuah kedai di bandar Barishal akibat mencuri, lapor akhbar The Business Standard.

Yeasin Khan, 41, memecah masuk sebuah kedai di kawasan AR Khan Bazar dan terperangkap pada Rabu lalu selepas mendapati terdapat kehadiran orang ramai di pasar, kata polis Metropolitan Bandar, Asaduzzaman.

Lelaki itu menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan kerana bimbang dipukul oleh penduduk tempatan jika ditangkap.

Apabila polis bertanya mengapa dia tidak keluar dari kedai, Yeasin memberitahu bahawa dia mengambil masa yang lama untuk mengumpul barang-barang yang dicuri. 

Dia selesai mengumpulkan barang-barang itu selepas waktu pagi dan orang ramai mula berkumpul di pasar ketika itu.

“Dalam keadaan itu, jika Yeasin keluar, dia akan dipukul oleh perusuh,” jelas Asaduzzaman.

Pemilik kedai, Jhantu berkata, dia tidak menyedari bahawa seorang pencuri memasuki kedainya dan membungkus barang di dalam begnya.

Polis kemudian menahan Yeasin di lokasi kejadian selepas menyelamatkannya dari kedai, kata Asaduzzaman. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI