fbpx

Wanita rentung dikenal pasti Penolong Pegawai Perubatan Hospital Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta jenis Perodua Bezza yang dipandu mangsa terlibat dalam kemalangan di Kilometer 10.9 Lebuhraya Maju Expressway (MEX) pagi tadi

KUALA LUMPUR – Pemandu kereta yang rentung dalam kemalangan di Kilometer 10.8, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Putrajaya di sini pagi tadi dikenal pasti wanita tempatan berusia 28 tahun yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Perubatan di Hospital Putrajaya.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaludin berkata, petugas Kaunter Aduan Trafik Kuala Lumpur menerima maklumat berhubung kemalangan itu pada pukul 6.50 pagi.

“Siasatan awal mendapati nahas berlaku apabila kereta jenis Perodua Bezza berhenti di lorong kecemasan. Sebuah lagi kereta iaitu Proton Saga melanggar kenderaan tersebut dari arah belakang.

“Akibat pelanggaran itu, kereta Perodua Bezza dipandu mangsa terbabas dan merempuh pembahagi jalan sebelum terbakar,” katanya.

Menurut beliau, empat penumpang kereta Perodua Bezza dapat menyelamatkan diri manakala pemandunya tersepit di tempat duduk.

“Mangsa yang gagal menyelamatkan diri meninggal dunia di tempat kejadian. Siasatan mendapati kesemua penumpang kereta merupakan sahabat si mati,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai untuk mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Ahammad Sadiq Yusoff di talian 013-4545679 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Terdahulu Kosmo! Online melaporkan sebuah kereta musnah dengan seorang wanita ditemui rentung di bahagian tempat duduk pemandu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI