fbpx

CIMB sedia RM7.5 juta untuk Program Biasiswa ASEAN 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) mengukuhkan komitmen untuk mengembangkan bakat beliau merentasi rantau ASEAN dengan geran terkini berjumlah RM7.5 juta dalam bentuk biasiswa di bawah Program Biasiswa ASEAN CIMB 2022.

Sejak penubuhannya pada 2016, inisiatif berkenaan telah menyediakan belia berpotensi tinggi dari negara-negara ASEAN peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di institusi pilihan mereka.

Di Malaysia, biasiswa diberikan melalui Yayasan CIMB, manakala di pasaran ASEAN lain ia akan diberikan oleh entiti perbankan tempatan masing-masing di bawah Kumpulan.

Selain biasiswa penuh meliputi yuran pengajian, penerima biasiswa juga akan menerima elaun sara hidup, insurans dan yuran lain yang berkaitan untuk menyokong bidang pengajian mereka di mana-mana universiti di seluruh dunia.

Penerima akan turut bekerjasama dengan mentor dari CIMB yang akan memberikan bimbingan kerjaya sepanjang tempoh pengajian mereka, sebelum memasuki pekerjaan sepenuh masa.

Ketua Pegawai Manusia Kumpulan, CIMB Group, Gurdip Singh Sidhu berkata, program berkenaan mengukuhkan komitmen Kumpulan untuk memupuk minda paling cemerlang di ASEAN, dengan menyediakan mereka permulaan yang betul untuk melakar masa depan.

“Para calon hadir dari pelbagai latar belakang sosio-ekonomi, dengan majoritinya daripada segmen B40 dan M40.

“Bagi pihak CIMB, kami mengucapkan tahniah buat penerima dan berharap dapat menyokong di setiap langkah perjalanan mereka untuk memastikan kejayaan yang berterusan,” katanya dalam satu kenyataan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI