fbpx

Wanita pecah rekod dunia sedia 249 cawan air teh dalam sejam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VALENTYN menuang air teh ke dalam cawan ketika percubaannya memecahkan rekod dunia. - Guinness World Records

CAPE TOWN – Seorang wanita di Afrika Selatan memecahkan Guinness World Records apabila menyediakan 249 cawan air teh dalam masa satu jam, lapor agensi berita United Press International (UPI) kelmarin.

Dalam percubaan memecahkan rekod itu, Ingar Valentyn dari Wupperthal memilih rooibos, sejenis teh herba merah yang berasal daripada daun pokok renek Aspalathus linearis yang tumbuh di Afrika Selatan.

Dia menghidangkan air teh tersebut kepada sekumpulan pelajar dan penduduk tempatan. 

Guinness World Records menetapkan sasaran untuk rekod itu dipecahkan dengan 150 cawan air teh dan pada akhir proses, Valentyn menganggarkan dia berjaya menyediakan kira-kira 170 cawan.

Selepas membuat pengiraan secara rasmi, Valentyn disahkan berjaya menyediakan 249 cawan air teh. Menurut pegawai badan rekod dunia itu, wanita berkenaan cuba menuang air teh dalam cawan ke-250 tetapi ia gagal penuh.

Percubaan memecah rekod itu turut dirakam untuk siri e-televisyen, Stumbo Record Breakers. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI