fbpx

Pengumuman tarikh PRU dibuat pada hari jadi Haji Hadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hadi.

PETALING JAYA – Tarikh 20 Oktober hari ini merupakan hari jadi kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang kebetulan jatuh pada pengumuman tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi.

Abdul Hadi yang dilahirkan pada 20 Oktober 1947 itu kini telah menginjak umur 75 tahun dan masih aktif dalam dunia politik tanah air.

Pernah dilantik menjadi Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia pada tahun 2014 yang mana Dr. Yusuf al-Qaradhawi menjadi ketuanya. 2022 ini adalah tahun ke-19 beliau menjadi Presiden Pas. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI