fbpx

SWM berjaya kumpul 325 kilogram barangan kitar semula sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Peter Looi (dua dari kiri) di Majlis Penutupan Program bersempena sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2022 di Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail, Pagoh, Muar.

MUAR – Sempena sambutan Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2022, SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM Environment) melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya telah berjaya mengumpulkan 325 kilogram barangan kitar semula.

Menurut Pengurus Kawasan Perkhidmatan SWM Environment Sdn. Bhd. Wilayah Johor Utara, Dr. Peter Looi, kejayaan tersebut atas kerjasama bersama Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail ini di dalam Program Bersempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2022.

“Objektif penganjuran program adalah bertujuan membudayakan minda lestari melalui aktiviti pendidikan terhadap kesedaran alam sekitar.

“SWM Environment tidak ketinggalan untuk mengadakan kutipan barangan kitar semula ganjaran berinsentif KITARecycle yang berjaya mengumpulkan sebanyak 325 kilogram barangan kitar semula dalam masa satu hari.

“Pihak SWM Environment berharap agar penganjuran program seperti ini dapat memberi impak positif kepada masyarakat untuk memastikan kelestarian alam sekitar dipelihara,” katanya dalam kenyantaan media hari ini.

Program bermula pada 16 Oktober lalu hingga hari ini di mana majlis penutupan program telah disempurnakan oleh Pengarah Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail, Tuan Haji Abdul Razak Senan bertempat di Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail, Pagoh, Muar.

Ujar Dr. Peter Looi, program ini turut mendapat kerjasama komuniti setempat, pelajar IPT dan agensi ianya dijadikan sebagai satu platform untuk memahami kepentingan penjagaan alam sekitar secara berterusan.

HASN bertemakan “Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama” memfokuskan kepada beberapa aktiviti yang merupakan tarikan pelajar iaitu Pertandingan Fotografi yang bertemakan “Time To Nature”, pertandingan ‘Tik Tok Challenge’ bertemakan amalan 3R di Rumah, pameran barangan kitar semula, aktiviti plogging dan penanaman pokok kelapa mataq di sekitar Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail.

Tambah Dr. Peter Looi, program ini diharap dapat mendidik masyarakat terutama sekali golongan muda supaya dapat mempraktikkan amalan kitar semula demi kesejahteraan generasi yang akan datang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI