fbpx

Datuk, penjawat awam direman kemuka dokumen palsu darjah kebesaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita bergelar Datuk (kanan) dan penjawat awam (kiri) diiringi pegawai SPRM bagi permohonan reman di Mahkamah Majistret Melaka, hari ini.

MELAKA – Seorang wanita bergelar Datuk dan penjawat awam direman selama tiga hari bermula hari ini selepas dipercayai mengemukakan dokumen palsu Surat Pengesahan Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Melaka.

Perintah reman sehingga 21 Oktober itu dikeluarkan oleh Majistret Nabihah Mohd. Noor di Mahkamah Ayer Keroh di sini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Terdahulu, kedua-dua tertuduh yang berusia dalam lingkungan 30-an dan 40-an tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 9.16 pagi menaiki kenderaan berasingan.

Jurucakap SPRM berkata, suspek pertama yang merupakan penjawat awam ditahan pada pukul 8 malam diikuti suspek kedua seorang pengurus sebuah syarikat pelancongan bergelar Datuk kira-kira 15 minit kemudian.

Ujarnya, kedua-dua suspek itu ditahan selepas selesai memberi keterangan di pejabat SPRM di Alai, di sini malam tadi.

Katanya, suspek ditahan selepas dipercayai telah mengemukakan satu dokumen yang mengandungi butir matan palsu iaitu Surat Pengesahan Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Melaka kepada Majlis Datuk-Datuk Negeri Melaka.

Dokumen itu adalah bagi mendaftarkan diri sebagai ahli majlis tersebut.

Pengarah SPRM Melaka, Mohd. Shahril Che Saad ketika dihubungi mengesahkan penahanan reman tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI