Tak cukup masa belajar matematik, sains

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) menyuarakan saranan agar diwujudkan jawatankuasa khas bagi menilai kurikulum subjek Matematik dan Sains untuk melihat sejauh mana subjek tersebut memberi bebanan kepada murid-murid.

Presidennya, Mohd. Azizee Hasan berkata, pihak Kementerian Pendidikan (KPM) perlu menjemput pakar-pakar pendidikan dari pelbagai aspek seperti pakar matematik, kurikulum, pedagogi, Stem dan sebagainya bagi mendangar pandangan mereka berhubung isu silibus berat yang melibatkan dua subjek teras berkenaan.

“Libatkan semua pihak terutama pemegang taruh pendidikan seperti kesatuan guru, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pendidikan, guru-guru yang melaksanakan subjek tersebut dan ibu bapa.

“Laporan dari jawatankuasa ini penting untuk melihat perlunya reformasi dalam subjek Matematik sama ada penambahan waktu, kan­dungan subjek, elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan sebagainya.

“KPM perlu juga mendapatkan laporan dari guru-guru yang mengajar subjek Matematik di tahap satu untuk melihat secara keseluruhan isu dan masalah pengajaran subjek berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kos­mo! semalam.

Berita berkaitan: Silibus KPM tak sesuai usia budak

Katanya lagi, data dan input yang tepat penting untuk menggubal kurikulum Matematik yang bersesuaian dengan tahap satu.

“Satu perkara yang kita kena akui, penggubalan kurikulum ini melibatkan proses yang sistematik yang digubal oleh bahagian kurikulum setelah melihat pelaksanaannya dari pakar-pakar subjek tersebut sehingga terbina Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

“Guru-guru perlu diberi bimbingan dan latihan yang mencukupi untuk memastikan keberkesanan pengajaran KBAT di dalam Matematik. Perlu ada sebab pelajar tak boleh kuasai silibus yang padat dan isu KBAT,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Mohd. Azizee berkata, bagi murid tahap satu, sewajarnya kan­dungan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dilaksana­kan dalam bentuk lebih kreatif bagi menarik minat murid kepada subjek Matematik dan Sains.

“Pengenalan kepada asas dan tidak terlalu tinggi serta dimasukkan elemen KBAT yang bersesuaian, yang pen­ting murid gembira belajar dan minat dan tidak terasa terbeban,” jelasnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN