fbpx

PRU15: KJ, Shahril Hamdan tanding di Alor Gajah: Biar pucuk pimpinan tentukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIM Ban Hong bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan sijil warganegara kepada Muhammad Shaffiq Izudin Aziz Abdul Rahim di Pejabat Pendaftaran Negara, Ayer Keroh, Melaka. - Foto AMRAN MULUP

MELAKA – MCA Melaka menyerahkan keputusan kepada pucuk pimpinan parti dan Barisan Nasional (BN), sama ada ingin memberi laluan atau tidak kepada calon UMNO untuk bertanding di kerusi Parlimen Alor Gajah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Hal ini kerana wujud desas-desus beberapa nama daripada UMNO dikatakan akan bertanding di Alor Gajah pada PRU15 termasuklah Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dan Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan.

Bagaimanapun, kata Naib Presiden MCA, Datuk Lim Ban Hong, setakat ini status quo dua kerusi Parlimen milik parti itu iaitu Alor Gajah dan Kota Melaka masih kekal.

Beliau menegaskan, semangat perkongsian yang diamalkan BN sebelum ini pada PRU14, Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan PRN Johor adalah mengikut modul perkongsian kuasa yang wajar.

“Saya yakin dan percaya, kepemimpinan BN dengan pengalaman dan juga kebijaksanaan sudah tentu mereka dapat melakukan pembahagian kerusi serta penentuan calon yang terbaik.

“Setakat ini MCA Melaka masih kekal bertanding di Alor Gajah dan Kota Melaka, jika sebarang keputusan sebaliknya ia wajar diputuskan oleh presiden parti dan pucuk pimpinan tertinggi BN.

“Apa pun kita tunggu pengumuman daripada BN atau presiden parti tidak lama lagi bagi menjawab segala persoalan yang timbul. Apa sahaja keputusan, kami di Melaka akan menerimanya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan sijil warganegara kepada Muhammad Shaffiq Izudin Aziz Abdul Rahim, 10, di Pejabat Pendaftaran Negara, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Pada PRU14, Parlimen Alor Gajah dimenangi calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof menewaskan calon BN, Datuk Wong Nai Chee dan calon Pas, Nazree Aris dengan majoriti 6,980 undian.

Dalam pada itu, bercakap mengenai kedudukannya yang turut didakwa akan bertanding di kerusi berkenaan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang itu menjelaskan, beliau juga masih menunggu keputusan pucuk pimpinan tertinggi MCA dan BN. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI