fbpx

PRU15: BN belum sedia cari rakan kerjasama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri ketika berucap di majlis perasmian Mesyuarat Agung PKMM Kali Ke-43 sempena Konvesyen Kontraktor Melayu 3.0 di WTC Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) tidak mahu tergopoh-gopoh dalam membuat keputusan terutama melibatkan penetapan rakan kerjasama bagi membentuk kerajaan Pusat selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, BN perlu melihat dahulu keputusan PRU15 dan sebarang ketetapan lanjut akan dibuat kemudian.

“Masih terlalu awal untuk kami (BN) mencari rakan kerjasama dan kita tunggu dulu keputusan PRU15 nanti, selepas itu kita akan putuskan. Kita pastikan lepas sasaran awal kita dulu untuk menang.

“Kalau buat andaian terlalu awal (kerjasama dengan pihak ketiga) susah juga, kita tak tahu apa akan berlaku dalam pilihan raya, katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Kali Ke-43 sempena Konvesyen Kontraktor Melayu 3.0 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Semalam, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, BN perlu menang sekurang-kurangnya 112 kerusi Parlimen pada PRU15 sekali gus membentuk sebuah kerajaan.

Mengulas pembahagian kerusi PRU15, Ismail Sabri berkata, perkara itu sedang dalam proses dengan melibatkan pertimbangan dan musyawarah semua pihak termasuk parti komponen BN.

“Dalam waktu terdekat, kita akan putuskan selepas setuju pembahagian kerusi, kita akan nilai daripada segi calon. Untuk penamaan calon tidak lama, perlu disegerakan, sekarang dalam proses,” katanya.

Tambah beliau, ‘Top Five UMNO’ akan memutuskan setelah menilai kesemua senarai calon yang telah selesai dikemukakan oleh setiap UMNO negeri.

“Seperti Presiden UMNO cakap, kita tengok kriteria Wali (memenangi – winnable), diterima – acceptable), disukai – likeable) dan mengetengahkan 70 peratus muka baharu serta diterima rakyat,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI