fbpx

Tindakan Charles Santiago turut cabar kuasa YDPA – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL SABRI (dua kanan) beramah mesra bersama perwakilan UMNO Bera pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Konvensyen Bera di Bera hari ini.

BERA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tindakan Charles Santiago yang memfailkan saman terhadap beliau susulan pembubaran Parlimen turut mencabar kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA)

Beliau berkata, Agong mempunyai kuasa penuh budi bicara dalam pembuabaran Parlimen yang tidak boleh dipersoalkan selepas mendapat permintaan daripada Perdana Menteri.

“Dia gunakan perkara 40 (1) dan saya gunakan perkara 40 (2) (b) yang mana Perdana Menteri boleh membuat permintaan dan menasihati Agong dan YDPA boleh perkenan atau tidak yang dibaca bersama Perkara 40 (2) (b) Perkara 55 (2) dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu kuasa YDPA untuk membubarkan Parlimen atau menangguh sidang.

“Ya lah dia (Charles Santiago) tidak setuju dan cuba cabar tetapi saya percaya Charles Santiago bukan sahaja mencabar saya yang meminta membubarkan Parlimen daripada YDPA tetapi mencabar kuasa YDPA,”katanya pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Konvensyen Bera di sini hari ini.
a
Baru-baru ini Charles Santiago yang merupakan penyandang kerusi Parlimen Klang mengemukakan saman pemula berhubung pembubaran Parlimen yang diumum Perdana Menteri pada 10 Oktober lalu.

Susulan itu juga Perdana Menteri, Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya telah memfailkan permohonan untuk membatalkan saman pemula berkenaan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi semalam.

Menurut Ismail Sabri YDPA mempunyai kuasa penuh dalam soal pembubaran parlimen yang tidak boleh dicabar mana-mana pihak.

Bagaimanapun katanya YDPA tidak boleh bertindak sendirian untuk membubarkan Parlimen yang perlu mendapat permintaan daripada Perdana Menteri.

Sementara itu beliau berkata Barisan Nasional (BN) perlu menang besar dan menjadi parti dominan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kali ini supaya tidak bergantung kepada sokongan pihak lain untuk membentuk kerajaan.

Ujarnya, pengalaman lalu membuktikan bahawa kebergantungan kepada sokongan pihak lain tidak mampu menjamin kepada kestabilan politik negara dan tidak boleh dibiarkan berterusan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI