fbpx

Buaya bersaiz 10 kaki ditemui berkeliaran dalam parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Buaya jantan bersaiz 10 kaki dalam parit taman permainan Taman Serambi - FOTO IHSAN BOMBA

KUCHING – Para penduduk berdepan detik cemas apabila menjumpai seekor buaya jantan sebesar 10 kaki berkeliaran di parit taman permainan Taman Serambi, di sini pagi tadi.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya, Rahman Abg Deni berkata, pihaknya mendapat arahan keluaran daripada Pusat Gerakan Operasi (PGO) untuk menangkap reptilia ‘ganas’ itu.

Katanya, seramai lapan anggota daripada BBP Petra Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima arahan tersebut.

“Bilik kawalan kami menerima panggilan terus ke balai kira-kira pukul 10.16 pagi tadi dan terus bergegas ke lokasi kejadian untuk melakukan penangkapan.

“Anggota kami bertindak mengikat mulut buaya berkenaan dengan menggunakan tali bagi mengelakkan sebarang risiko,” katanya.

Menurutnya, buaya tersebut telah berjaya ditangkap hasil usaha lapan anggotanya dan buaya jantan berkenaan telah diserahkan kepada pihak Sarawak Forestry Corporation (SFC). – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI