fbpx

UMNO selesa bergerak solo, keputusan Pas sudah dijangka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid.

PETALING JAYA – UMNO sudah menjangkakan Pas Pusat akan terus bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun kata Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, pihaknya tidak pernah menutup pintu kepada sebarang usaha murni ke arah penyatuan ummah yang berteraskan nilai keikhlasan dan kejujuran.

Katanya, dengan keputusan itu, UMNO bersama Barisan Nasional (BN) akan terus bergerak solo dengan mengekalkan imej parti yang sentiasa berpaksikan kesederhanaan.

“Selain itu UMNO juga mampu menawarkan kestabilan serta kemakmuran kepada rakyat yang berbilang kaum dan agama dalam negara ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini yang telah memutuskan untuk terus memperkukuhkan kerjasama dengan PN.

Keputusan tersebut sekali gus menjawab teka-teki sebelum ini yang dikatakan Pas bakal menjalinkan semula kerjasama dengan UMNO dalam Muafakat Nasional (MN). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI