fbpx

Sebulan tol percuma DASH mulai tengah malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Kerajaan mengumumkan penurunan kadar tol di enam lebuh raya utama bandar bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan telah bersetuju dengan cadangan untuk penstrukturan semula empat buah syarikat konsesi lebuh raya bertol di bawah kendalian Kumpulan Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) dan mengurangkan kadar tol bagi lebuh raya terlibat.

Katanya, ini melibatkan Lebuh Raya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE), Lebuh Raya Kemuning – Shah Alam (LKSA) dan Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK).

“(Pengurangan empat tol Prolintas) akan berkuatkuasa pada pukul 12.01 tengah malam 20 Oktober depan.

“Manakala, pengurangan kadar tol bagi Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS) dan Lebuh Raya Sungai Besi (BESRAYA) di bawah Kumpulan IJM Corporation Berhad akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023,” katanya ketika berucap ketika merasmikan pembukaan Lebuh Raya Bertingkat Damansara – Shah Alam (DASH) di Plaza Tol Denai Alam, di sini, hari ini.

Menurut beliau, kerajaan juga akan membina lorong tambahan dan satu terowong baharu di Genting Sempah dalam usaha menampung trafik yang tinggi serta menangani masalah kesesakan lalu lintas di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dari Tol Plaza Gombak ke Tol Plaza Bentong.

Ujar Ismail Sabri, kerja-kerja tebatan banjir di lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1). LPT1 juga akan dilaksanakan susulan daripada kejadian banjir yang seringkali berlaku di lebuh raya tersebut.

“Kesemua kerja-kerja penambahbaikan yang telah saya maklumkan itu, mengambilkira penstrukturan semula kadar tol dengan perjanjian konsesi tambahan sedang dimuktamadkan.

“Melalui penstrukturan terbaharu ini, kerajaan telah menjimatkan sebanyak RM8.8 bilion anggaran dalam bentuk pampasan yang sepatutnya dibayar kepada syarikat konsesi yang terlibat,” jelasnya.

Mengulas mengenai Lebuh Raya DASH, beliau menegaskan lebuh raya itu memenuhi kriteria yang ditetapkan di bawah Indeks Lebuh Raya Hijau Malaysia (MyGHI) yang merangkumi segenap rantaian nilai pembangunan infrastruktur serta mengambil kira faktor alam sekitar dengan penarafan tahap ‘Gold’.

“Penghadang bunyi kepungan penuh turut dipasang sepanjang 260 meter bagi mengelakkan gangguan bunyi daripada kenderaan kepada penduduk sekeliling.

“Lebuhraya DASH dijangka mampu merangsang pembangunan dan pertumbuhan kawasan-kawasan ekonomi seperti perumahan dan komersial baharu di sepanjang lebuh raya termasuk Puncak Alam, Elmina dan Damansara,” katanya.

Selaras itu, Ismail turut mengumumkan penggunaannya secara percuma atau tanpa dikenakan bayaran tol bagi tempoh selama sebulan bermula pada pukul 12.01 tengah malam ini. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI