fbpx
Seorang pengguna motosikal melihat lokasi kemalangan maut di persimpangan bertingkat susur masuk di DASH di Shah Alam semalam. – SADDAM YUSOFF

‘Rasa berdebar setiap kali lalu selekoh DASH’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal yang sering menggunakan Lebuh Raya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) berdebar setiap kali melalui selekoh di situ selepas berlaku dua kemalangan baru-baru ini.

Seorang penghantar barang, Syafiq Hairi, 30, berkata, dia menggunakan laluan itu untuk melakukan urusan kerja di sekitar daerah ini akan lebih berhati-hati melalui jalan itu.

Katanya, dia juga bimbang dan risau kerana kawasan selekoh itu telah berlaku dua kemalangan yang meragut nyawa penunggang motosikal.

“Jadi saya mencadangkan supaya speed breaker dibina di laluan menaiki selekoh di kawasan itu, saya memang selalu berdebar-debar lalu jalan itu.

“Namun, saya tidak pasti sama ada ia (speed breaker) bersesuaian atau sebaliknya dan ia bergantung kepada pihak berkaitan,” katanya.

Bagi pekerja pembersihan, Wadiyullah Tasir, 23, dia berwaspada ketika melalui kawasan itu yang dilaluinya setiap hari.

“Menyedari berita dua kemalangan itu, saya kini akan lebih berhati-hati bagi elak kejadian sama berlaku,” ujarnya.

Sementara itu, Shahrin Ajis, 35, berkata, papan tanda kemalangan turut boleh diletakkan sebagai amaran kepada pengguna jalan raya.

“Ini kerana dua mangsa dilaporkan maut dalam tempoh dua bulan di lokasi sama.

“Pemandu kenderaan dan penunggang motosikal juga dinasihatkan tidak memandu laju di kawasan itu,” katanya.

Sabtu lalu seorang penuntut kolej swasta maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan terjatuh setinggi 21 meter dari jejambat itu.

Kemalangan kira-kira pukul 10.40 pagi itu menyebabkan lelaki berusia 19 tahun maut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN