fbpx
Tindakan kerajaan mengurangkan aktiviti penebangan hutan di Malaysia bakal memberi kesan positif kepada persekitaran dan kelestarian demi kebaikan generasi akan datang. -Gambar hiasan

Berjalan dalam hutan boleh atasi stres

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DALAM proses memulihkan diri daripada masalah tekanan, banyak orang memilih untuk dekat dengan alam terbuka seperti pergunungan atau pantai.

Mengapa kawasan itu menjadi lokasi ideal untuk tujuan tersebut?

Berdasarkan laporan Science Alert, berjalan-jalan di alam terbuka terbukti dapat mengurangkan tekanan, menurunkan tekanan darah dan mengurangkan rasa cemas.

Bukan hanya itu, berjalan-jalan di kawasan terbuka juga membuat tidur, fokus dan memori menjadi lebih baik.

Hal ini berhubung bahagian otak yang berkait emosi disebut sebagai amigdala.

Bagi mengkaji hal tersebut, Max Planck dari Institut Pembangunan Manusia di Jerman cuba menelitinya dan menggunakan bantuan pengimejan MRI kepada 63 sukarelawan.

Para sukarelawan secara sukarela diminta untuk berjalan-jalan di kawasan yang sibuk serta kawasan hutan Grunewald di Berlin.

Sebelum berjalan, mereka perlu menjawab beberapa soalan. Setelah melakukan itu, otak para sukarelawan kembali melalui pengimejan MRI dengan tugas tambahan yang menyebabkan tekanan.

Hasil pengimejan MRI menunjukkan pengurangan aktiviti di amigdala setelah berjalan-jalan di hutan.

“Hasil kajian ini menyokong pembentukan positif antara alam dengan kesihatan otak.

Sukarelawan yang berjalan di hutan juga dilihat mempunyai fokus dan menikmati perjalanannya berbanding di kota,” kata Max.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN