fbpx

Pas gagal penuhi 3 syarat UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled ketika ditemui di Menara Dato Onn di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – UMNO menyifatkan Pas telah gagal memenuhi tuntutan syarat bagi menjalinkan kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Bagaimanapun, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerjasama tersebut akan terbatal secara automatik jika tiada maklum balas daripada Pas secara rasmi.

“Kita tak ubah syarat iaitu tiga perkara sebagaimana Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tetapkan. Jika Pas tak boleh terima, maka dengan sendirinya gugur.

“Jadi jika tiada kerjasama, maknanya akan pertandingan (kerusi UMNO dan Pas) nanti,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung status kerjasama di antara kedua-dua parti itu termasuk isu pertembungan 27 kerusi Parlimen yang dikhuatiri Pas.

Terdahulu, Ahmad Zahid menetapkan tiga syarat utama kepada Pas iaitu perlu keluar daripada gabungan Perikatan Nasional (PN) serta memutuskan hubungan politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Beliau berkata, Pas juga perlu mengisytiharkan secara rasmi bahawa parti itu sudah mufarakah’ (berpisah) sepenuhnya dengan PN dan Bersatu sekiranya mahu bekerjasam dengan UMNO.

Bagi pemilihan calon UMNO, Mohamed Khaled berkata, ia akan dilakukan segera di setiap bahagian seluruh negara.

“Kalau ikut perlembagaan, Ketua Perhubungan UMNO akan kemukakan kepada pucuk pimpinan tertinggi. Esok kita akan mulakan proses tersebut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI