fbpx
Zaharah (berdiri, lima dari kiri) melihat penduduk kampung melakukan pemetaan menyelamatkan diri di pekarangan Surau Benus, Bentong semalam.

‘Biar kami sendiri selesaikan banjir ini’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BENTONG – Tidak mahu hanya tunggu dan lihat banjir melanda menyaksikan Kampung Benus dan Chegar Medang, di sini menjadi kampung pertama di negara ini mengadakan persediaan intensif bagi berhadapan bencana banjir.

Persediaan tersebut atas inisiatif Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Benus dan Chegar ­Medang itu dilakukan sebagai persediaan menghadapi bencana banjir yang mungkin berulang selepas kawasan kampung itu dikenal pasti sebagai antara ‘hotspot’ bencana banjir di negeri ini.

Pengerusi JPKK Benus dan Chegar Medang, Zaharah Ismail berkata, mengambil iktibar kejadian banjir yang tidak pernah dijangka menenggelamkan kampung itu tahun lalu membuatkan pihaknya mengadakan persediaan awal.

Katanya, pada peringkat awal pihaknya mengadakan bengkel bersama Mercy Malaysia sebelum bengkel bersama agensi-agensi lain seperti Angkatan Pertahanan Awam dan juga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dibuat.

Selain itu, katanya, pihak JPKK yang telah menubuhkan pasukan sukarelawan bantuan menyelamat banjir, Benus-Res-Q juga akan menganjurkan latihan menyelamat oleh pasukan ber­kenaan dalam tempoh terdekat.

“Persediaan penduduk sendiri penting memandangkan kejadian banjir berkemungkinan akan berlaku di kawasan itu sekiranya hujan lebat dan kawasan itu telah disenaraikan kawasan ‘hotspot’ oleh pihak berkuasa.

“Program persediaan se­perti ini juga dilakukan atas nasihat daripada Penyelaras Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Mohd. Soffi Abdul Razak yang meminta JPKK membuat persiapan di akar umbi dalam menghadapi kemungkinan bencana banjir,” katanya di sini semalam.

Baru-baru ini Kosmo! me­laporkan penduduk di sekitar daerah ini bimbang kawasan mereka ‘tenggelam’ buat kali ketiga dalam banjir besar seperti yang berlaku pada Mei lalu dan Disember tahun lalu yang menenggelamkan banyak rumah, merosakkan harta benda dan meragut nyawa.

Mereka yang tinggal di Kampung Chegar Medang dan Benus mendakwa, bukan sahaja belum bermula projek tebatan banjir, malah kawasan sungai juga belum didalamkan dan dibersihkan sepenuhnya serta terdapat longkang masih tersumbat.

Dalam pada itu, Zaharah berkata, pada masa ini pihaknya mengenal pasti terdapat kira-kira 450 buah rumah di kawasan kampung berkenaan yang terjejas akibat banjir pada tahun lalu.

Katanya, bengkel Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan ­Komuniti bersama Mercy semalam amat bermanfaat bagi mendedahkan persiapan dan tindakan awal perlu dilakukan penduduk sekiranya berlaku bencana banjir.

Beliau berkata, antaranya ialah pemetaan tindakan berdasarkan kepada risiko dalam bengkel itu yang dapat memastikan penduduk melakukan tindakan yang cepat dan tepat bagi menyelamatkan diri sekiranya didapati hujan berterusan dan air naik dengan cepat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN