fbpx

Bayi maut di tangan bapa kerana menangis, enggan minum susu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

ALOR SETAR – Malang nasib menimpa seorang bayi berusia tiga bulan yang ditemui meninggal dunia akibat dipukul bapa kandungnya dalam kejadian di Kampung Teluk Jawa, Padang Hang di sini kelmarin.

Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad, bayi terbabit ditemui ketika anggota Jabatan Siasatan Jenayah dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) menyerbu rumah suspek berusia 28 tahun.

“Ketika serbuan pada pukul 2.50 petang itu, suspek ditemui dalam keadaan khayal dengan hasil ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine.

“Hasil soal siasat polis, suspek mengaku memukul bayinya kerana enggan minum susu dan menangis tanpa henti,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, suspek kini direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Mayat bayi dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk dibedah siasat. Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan pada bahagian kepala dipercayai akibat hentakan benda tumpul. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI