fbpx

Tiga pengsan, kebocoran gas di restoran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kakitangan KKM membawa pekerja restoran yang pengsan dalam kejadian kebocoran gas di premis makanan segera di Pandan Jaya, Ampang.

AMPANG – Tiga mangsa pengsan termasuk pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kejadian kebocoran gas bahan kimia di sebuah restoran makanan segera di Pandan Jaya di sini pagi tadi.

Mangsa yang pengsan melibatkan dua wanita pekerja restoran tersebut serta seorang lelaki pegawai KKM yang masuk ke premis bagi memberikan bantuan kepada mereka.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 9.55 pagi tadi dan sepasukan bomba bergegas dan tiba ke lokasi pukul 10.02 pagi.

“Terdapat tiga mangsa pengsan dan pihak bomba sedang mengawal keadaan dengan tidak membenarkan mana-mana orang memasuki restoran tersebut.

“Mangsa telah dibawa ke hospital berdekatan menaiki ambulans pihak KKM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, identiti kesemua mangsa belum dapat dipastikan.

Operasi yang dilaksanakan melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan, BBP Shah Alam dan BBP Tun Razak – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI