fbpx

PRU-15 : Mesyuarat Khas MKT UMNO diadakan malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REEZAL (tiga kanan) menyerahkan replika cek sumbangan kepada wakil Masjid Qaryah Taman Bertam Indah sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Parlimen Kepala Batas, di sini hari ini.

SEBERANG PERAI – Mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dijadualkan malam ini bakal membincangkan mengenai persiapan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sekiranya berlangsung dalam masa terdekat.

Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, perihal pembubaran Parlimen hanya terletak di bawah kuasa dua pemimpin iaitu Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Menurutnya, dalam soal pembubaran Parlimen, Perdana Menteri akan menyembah dan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Bila saya sebut mohon perkenan, ini bukan hanya menyembah yang ia bergantung kepada kedua-dua ini.

“Saya tidak ada maklumat (disembah atau diperkenan) jadi tidak boleh mendahului mereka.

“Malam ini pula (mesyuarat khas MKT) lebih kepada persiapan seandainya pilihan raya akan berlaku, termasuk juga perkara berbangkit lain antaranya soal membabitkan banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung isu yang akan dibentangkan dalam mesyuarat khas MKT UMNO, malam ini.

Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul Parlimen Kepala Batas di Masjid Abdullah Fahim, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Reezal Merican yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, UMNO sentiasa bersiap sedia dalam dua keadaan membabitkan PRU-15 dan bencana banjir.

“Kita tidak tahu bila nak banjir dan ramalan yang tepat kerana perkara ini kita tidak boleh jangka.

“Bagaimanapun, kita buat persiapan yang mana di bawah jagaan saya (Parlimen Kepala Batas), pasukan bomba kita berada dalam tahap yang tertinggi,” katanya.

Semalam, sumber parti itu dilaporkan memberitahu bahawa UMNO memanggil mesyuarat khas parti berkenaan dipercayai menyentuh jangkaan tarikh pembubaran Parlimen yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI