fbpx

Lelaki maut ikut GPS pandu kereta lintas jambatan rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAXSON memandu pulang selepas menghadiri majlis hari lahir anaknya sebelum jatuh dari jambatan yang tidak berfungsi selama bertahun-tahun. – Facebook/Phil Paxson

WASHINGTON – Seorang lelaki di Carolina Utara, Amerika Syarikat (AS) maut selepas Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) membawanya ke sebuah jambatan yang runtuh sebelum jip mangsa terhumban ke dalam anak sungai, lapor akhbar New York Post semalam.

Bapa dua anak, Philip Paxson, 47, memandu jipnya pada waktu malam selepas menghadiri majlis sambutan hari lahir anak sulungnya di bandar Hickory pada hari kejadian. Dia dipandu oleh GPS ke sebuah jambatan runtuh akibat banjir pada Julai 2013.

“Ia adalah malam yang gelap dan hujan, dia mengikuti GPS yang membawanya menuruni jalan konkrit ke arah jambatan yang runtuh ke dalam sungai.

“Dia akan sangat dirindui oleh keluarga dan rakan-rakannya. Kemalangan itu boleh dielakkan. Kami bersedih atas kematiannya,” kata ibu mentua Paxson, Linda McPhee Koenig di laman  Facebook pada Selasa lalu.

Keluarga mendiang kini memberi perhatian kepada tragedi yang mereka percaya boleh diatasi dengan penyelenggaraan atau papan tanda dan penghadang bagi mengelakkan pemandu lain melalui jambatan itu.

“Jambatan itu musnah sejak sembilan tahun lalu dan tidak pernah dibaiki. Ia tidak dilengkapi sebarang papan tanda amaran atau halangan. 

“Tiada siapa bertanggungjawab untuk membaikinya dan kini dia (Paxson) menjadi mangsa. Tolong doakan kami sekeluarga dalam masa yang sukar ini,” kata keluarga mendiang.

Pihak berkuasa bersama Peronda Lebuh Raya Negeri Carolina bertindak balas terhadap satu laporan mengenai kenderaan terbalik di sebatang anak sungai di Catawba County, lapor saluran televisyen WCNC. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI