fbpx

Bulan sudah kelihatan di Putrajaya?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BANGUNAN Putra Perdana yang menempatkan pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

PETALING JAYA – “Difahamkan anak bulan telah kelihatan dengan jelas di Putrajaya. Raya atau pilihan raya,” tulis Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi.

Difahamkan tulisan Mohd. Puad di laman sosial Facebooknya malam ini adalah berkaitan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Pada petang tadi juga difahamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekali lagi menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Status Mohd. Puad pada Facebook beliau.

Namun, sebab serta tujuan pertemuan dua pemimpin terbesar negara itu masih lagi tidak ketahui apabila tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh kedua-dua pihak buat masa ini.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke London bagi mengadakan Lawatan Khas bermula esok hingga 16 Oktober nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI