fbpx

Tiga maut letupan jambatan penghubung Russia dan Crimea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asap hitam berkepul-kepul akibat kebakaran di jambatan Kerch yang menghubungkan Semenanjung Crimea ke Russia akibat letupan sebentar tadi. -AFP

MOSCOW – Satu letupan besar menggegarkan sebuah jambatan utama menghubungkan Russia dengan Semenanjung Crimea yang dibina pada 2014, mengakibatkan tiga orang terbunuh, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC). 

Menurut pasukan penyiasat Russia, kesemua mangsa disyaki berada di dalam sebuah kereta berhampiran lokasi kejadian apabila sebuah lori meletup dan menyebabkan bahagian jambatan itu runtuh.

Sebahagian landasan kereta api yang dibina di jambatan itu dijadualkan akan dibuka semula petang tadi.

Jambatan sepanjang 19 kilometer yang dibina merentasi Selat Kerch itu menelan belanja sehingga £2.7 bilion (RM13.9 bilion). Ia dibuka pada 2018 dan menjadi simbol kepada pengambilalihan Crimea oleh Russia.

Mykhailo Podolyak yang merupakan penasihat kepada Presiden Volodymyr Zelenskyy, enggan mengaku letupan itu didalangi oleh Ukraine tetapi berkata: “Crimea, jambatan, ini permulaannya.”

“Semua yang menyalahi undang-undang mesti dimusnahkan, semua yang dirampas mesti dikembalikan kepada Ukraine, semua yang diduduki oleh Russia mesti diusir,” jelas Podolyak.

Russia telah menggunakan jambatan itu untuk memindahkan peralatan ketenteraan, peluru dan kakitangan dari Moscow ke medan perang di selatan Ukraine.

Pihak berkuasa tempatan di Crimea berkata, mereka akan menawarkan perkhidmatan feri antara tanah besar Russia dan semenanjung itu.

“Pada pukul 6.07 (waktu tempatan), satu letupan berlaku pada sebuah kenderaan kargo di bahagian lebuh raya jambatan Crimea,” kata Jawatankuasa Anti-Keganasan Kebangsaan Russia. 

Kejadian itu berlaku sehari selepas Presiden Vladimir Putin menyambut hari lahirnya yang ke-70. Sebahagian jambatan itu dilaporkan musnah akibat letupan yang disebabkan oleh sebuah lori, kata Jawatankuasa Penyiasatan Russia dalam satu kenyataan.

Gabenor Crimea Russia, Sergei Aksyonov berkata, satu laluan di jambatan itu masih utuh walaupun lalu lintas terpaksa disekat sementara kerja-kerja menilai kerosakan dijalankan.

Putin telah mengarahkan kerajaan untuk mewujudkan suruhanjaya negeri bagi menyiasat insiden itu, kata jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI