fbpx

Rizky Billar tak mengaku salah, bapa Lesti minta bercerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jarang ibu bapa nak anak bercerai, tap[i kes Lesti Kejora ni, bapa dia desak suruh bercerai

KETABAHAN seorang ayah menuntut pembelaan ke atas anak kesayangannya yang menjadi mangsa keganasan suami sampai ke kemuncak apabila mendesak anaknya, Lesti Kejora segera menuntut cerai daripada Rizky Billar.

Menurut laporan CumiCumi, bapa Lesti, Endang Mulyana berang dan sakit hati apabila menantunya, Rizky membuat penafian atas dakwaan  memukul dan menghempas Lesti sehingga mendatangkan kecederaan. Endang menggesa perkara tersebut diselesaikan melalui perceraian.

Bahkan lelaki itu memberitahu tidak akan mengampunkan kesalahan pelakon berusia 27 tahun itu kerana telah berbohong dan menafikan kekerasan telah dilakukan terhadap anaknya.

Peguam yang mewakili Rizky, Ade Arfil Manurang memberitahu, kecederaan yang dialami Lesti berpunca daripada ‘kemalangan’ akibat kecuaian sendiri.

“Anak guam saya tidak menghempas Lesti seperti yang dilaporkan berita. Namun Lesti sebenarnya terjatuh ketika kedua-duanya bertengkar.

“Perkataan ‘dihempas berkali-kali’ itu sebenarnya tidak betul,” kata Ade.

Ujar peguam juga sepupu kepada Rizky itu lagi, Lesti ‘terhempas’ dirinya sendiri (terjatuh) dan bukannya ‘dihempas’ oleh suaminya seperti yang dilaporkan.

“Lesti terjatuh sendiri ketika ditepis oleh Rizky apabila ditarik wanita itu. Jadi sebenarnya Lesti bukannya dihempas sebaliknya kejadian itu terjadi kerana kesalahannya sendiri,” ujar Ade.

Pada masa sama, polis Metro Jakarta Selatan memaklumkan telah menerima laporan daripada Ade atas tuntutan membantah kenyataan mengatakan bahawa pelakon tersebut melakukan kekerasan dalan rumah tangga (KDRT) terhadap Lesti.

Ujar Ade, berita yang tersebar sejak minggu lalu hanyalah bersifat andaian dan telah diceritakan secara keterlaluan oleh sebelah pihak sahaja tanpa melibatkan sebarang kenyataan daripada Rizky.

“Cerita yang tersebar itu sangat berlebihan. Walaupun sudah ada laporan polis dibuat (daripada pihak Lesti), namun siasatan belum lagi dijalankan. Kita tunggu sahaja nanti,” katanya.

Pada masa sama, Ade menyebut berita tentang kelakuan buruk Rizky terhadap Lesti telah banyak memberi kesan kepada anak guamnya sehingga bapa kepada seorang cahaya mata itu mengalami gangguan emosi.

“Rizky sendiri tidak dapat hadir ke balai polis untuk memberi keterangan kerana psikologinya terganggu.

“Kerana cerita yang dibuat itu, dia menerima pelbagai kritikan bukan sahaja daripada netizen, bahkan rakan-rakan artis,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Lesti, 23, dikhabarkan telah berangkat untuk mengerjakan ibadah umrah selepas keluar dari hospital.

Menerusi sebuah video yang tular dalam media sosial, kelihatan penyanyi bertubuh genit itu sedang beratur bersama keluarganya untuk masuk ke dalam pesawat sebelum berangkat ke Mekah.

Dalam video itu juga, terlihat ibu kepada Lesti, Sukartini sedang mendukung cucunya, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar sambil diekori seorang wanita yang memakai niqab dipercayai Lesti.

“Apa khabar kak Lesti,” tegur seorang pramugara di hadapan pintu masuk pesawat.

Kelibat pelantun lagu Sekali Seumur Hidup itu menarik perhatian netizen kerana tampil mengenakan niqab.

Awal Oktober lalu, heboh tentang kisah rumah tangga pasangan romantis itu selepas Lesti membuat laporan polis apabila menjadi mangsa kekerasan Rizky yang diduga berlaku curang di belakang isterinya.

Rizky yang berang dengan tuduhan tersebut kemudiannya bertindak di luar kawalan apabila dilaporkan menghempas dan mencekik leher isterinya berulang kali.

Rizky sepatutnya hadir memberi kenyataan di balai polis pada 6 Oktober lalu namun gagal berbuat demikian kerana berada dalam tekanan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI