fbpx

Liga Super: Negeri Sembilan tewaskan Kedah 4-3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua pemain import Negeri Sembilan, Matheus Alves dan Gustavo antara penjaring gol ketika menentang Kedah di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi hari ini.

SEREMBAN – Rezeki berpihak kepada Negeri Sembilan FC (NSFC) dalam perlawanan Liga Super menentang Kedah Darul Aman FC (KDAFC) malam ini selepas mencatatkan kemenangan 4-3.

NSFC menunjukkan taring pada babak awal perlawanan dengan menghasilkan gol pertama hasil jaringan Matheus Alves Leandro pada minit ke-24.

Tambahan masa tiga minit separuh masa pertama digunakan sebaik mungkin KDAFC untuk menyamakan kedudukan melalui jaringan, Mahmoud Nayef Ahmad Almardi.

Pada minit ke-58, penyerang NSFC, Gustavo Almeida Dos Santos berjaya menjaringkan gol kedua pasukan itu.

Cubaan NSFC untuk menjarakkan kedudukan berjaya apabila Sean Eugene Selvaraj menjaringkan gol pada minit ke-65.

Selang empat minit NSFC berjaya menjaringkan gol keempat melalui sepakan Gustavo.

Pemain KDAFC, Sanrawat Decmitr menjaringkan gol kedua pasukan itu pada minit ke-82.

Usaha pasukan KDAFC untuk merapatkan kedudukan berjaya hasil jaringan oleh Marcos Vales Gomzales pada minit ke-89.

Perlawanan tamat dengan tambahan masa lima minit.

NSFC kini berada di tangga keempat liga dengan mata terkumpul 38 mata.

NSFC akan bertemu Melaka United FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada Selasa depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI