fbpx

Bajet 2023: Makanan RMT naik RM3.50 sepinggan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kerajaan memperuntukkan RM777 juta bagi Rancangan Makanan Tambahan dalam usaha memastikan murid-murid mendapat kandungan khasiat harian.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, peruntukan itu akan memanfaatkan seramai 800,000 orang murid.

Melalui peruntukan tersebut, harga bagi satu bahagian makanan dinaikkan sebanyak RM3.50 di semenanjung berbanding RM2.50 sebelum ini.

Manakala di Sabah dan Sarawak pula, harga makanan di bawah RMT dinaikkan kepada RM4 berbanding RM3. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI