fbpx

Red Bull mahu ambil tindakan mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSTAPPEN berdepan pelucutan gelaran dunia musim lalu sekiranya Red Bull didapati bersalah melanggar bajet siling yang ditetapkan. – AFP

LONDON – Pasukan Red Bull tidak teragak-agak untuk meng­­heret sesiapa sahaja dan mengambil tindakan undang-undang selepas dikaitkan dengan pelanggaran bajet perlumbaan Formula Satu (F1) pada musim lepas.

F1 memperkenalkan had bajet tahun lalu dengan harapan dapat memastikan perlumbaan tersebut adil bagi semua pasukan yang bertanding dengan menetapkan bajet siling $145 juta (RM673 juta) pada 2021.

Majlis Permotoran Dunia (WMSC) telah melakukan siasatan selepas menerima laporan pelanggaran had bajet F1 oleh dua pasukan.

Dua pasukan yang didakwa melakukan kesalahan tersebut adalah Aston Martin dan Red Bull yang dikatakan telah me­lebihi bajet sehingga mencecah AS$10 juta (RM46.47 juta).

Ketua Pasukan Red Bull, Christian Horner dilihat kecewa dengan tuduhan tidak berasas tersebut selepas mengaitkan pasukannya dengan pelanggaran bajet.

“Apa yang saya katakan, akan saya lakukan. Kami akan mempertimbangkan segala pilihan (tindakan undang-undang). Kami tidak boleh menerima tuduhan tidak berasas ini.

“Di manakah sumber utama mereka dengan mengaitkan pa­sukan kami terlibat dalam pe­langgaran bajet. Saya tidak tahu berkenaan soal bajet yang dikeluar­kan setiap pasukan dan ia adalah maklumat sulit antara Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) dan pasukan F1.

“Apa yang menjadi persoalan ketika ini, di manakah mereka memperoleh maklumat ini. Jadi, mari kita selesaikan proses siasatan. Ketika ini, Red Bull tidak dimaklumkan melanggar sebarang peraturan bajet,” kata Horner.

Menerusi laporan sebelum ini, jika Red Bull didapati melanggar peraturan bajet, kemungkinan gelaran juara dunia yang diraih Max Verstappen musim lalu akan ditarik balik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI