fbpx

Culik lelaki warga Palestin naik MPV, 18 individu ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azmi mengulas ketika ditanya pemberita dalam sidang akhbar Majlis Pelupusan Barang Kes Dadah di IPK Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Palestin diculik menaiki MPV berjaya diselamatkan dalam kejadian di Jalan Yap Kwan Seng di sini pada 28 September lalu.

Mangsa dipercayai ahli perniagaan itu berjaya diselamatkan menerusi serbuan berasingan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada 29 September.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, operasi dijalankan berjaya menahan 18 individu terdiri daripada lelaki dan wanita warga tempatan serta satu warga Indonesia.

Beliau berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, mangsa yang berumur 31 tahun sedang berbual bersama seorang rakan yang juga warga Palestin di hadapan sebuah premis di lokasi kejadian.

“Mangsa kemudiannya didatangi beberapa individu menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire sebelum suspek bertindak menarik mangsa masuk sebelum melarikannya.

“Rakan mangsa yang berada di lokasi bagaimanapun tidak sempat berbuat apa-apa kemudiannya tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Dang Wangi sejurus selepas kejadian,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Majlis Pelupusan Barang Kes Dadah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPK), di sini, hari ini.

Tambah beliau, susulan kejadian satu pasukan diatur gerak bagi memburu individu yang terlibat serta menyelamatkan mangsa kejadian.

“Dalam serbuan berasingan yang dijalankan pada 29 September memberkas seramai 13 lelaki terdiri daripada 12 lelaki tempatan dan seorang lelaki warga tempatan di Kuala Langat sekaligus berjaya menyelamatkan mangsa.

“Hasil tangkapan itu, polis kemudian berjaya memberkas tiga lelaki dan dua wanita di Ampang, Beranang dan Melaka beberapa hari selepas itu,” katanya.

Menurutnya, kesemua 18 suspek ditahan berumur antara 21 hingga 42 tahun.

“Semakan dijalankan mendapati tujuh daripada 18 individu ditahan mempunyai rekod jenayah

“Selain itu, saringan air kencing dijalankan mendapati empat daripada 18 suspek positif dadah jenis syabu,” katanya.

Polis masih mencari dalang utama penculikan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI