fbpx
SISSY IMAN

Cipta gosip cinta? Sissy Imann tak ‘lapar’ sensasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Penyanyi juga pengacara, Sissy Imann mengakui pernah menolak ajakan kenalan dalam industri untuk berpura-pura berpacaran bagi meraih publisiti demi menhangatkan populariti mereka dalam kalangan peminat.

Kata Sissy, biarlah tidak sepopular atau sehangat teman seperjuangan lain, dia menjadi tajuk ruangan gosip demi mengejar publisiti murahan,

“Saya tahu gosip bercinta sesama artis antara berita yang pantas memancing perhatian, tetapi sudah tentu saya tak tergamak untuk mereka-reka cerita yang tidak benar.

“Memang ada seseorang yang pernah menyuarakan hasrat supaya kami berpura-pura mempunyai hubungan kerana kononnya saya tidak mempunyai cerita panas yang dapat melonjakkan nama saya.

“Bagi saya tidak mengapalah kalau kurang kisah sensasi daripada mereka-reka benda yang tak betul. Bukan saja menipu orang, hakikatnya kita juga menipu diri sendiri.

“Biarlah begini lagi bagus, asalkan rezeki dalam bidang seni tak putus. Itu lebih saya risaukan berbanding tiada kisah sensasi,” katanya kepada Kosmo! Online.

Pemilik nama sebenar Sissy Imann Mohammad Kamil itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran program Getaran Jiwa terbitan saluran TVS, di sini, semalam.

Turut diamanahkan sebagai hos program realiti terbabit bersama Jiggy Masin, selebriti berusia 26 tahun mengakui imej bersih serta fokus terhadap tanggungjawab hakiki juga antara faktor yang dapat melancarkan lagi rezekinya dalam karier seni.

“Saya percaya setiap insan sudah ditentukan rezekinya, cuma kena yakin, terus berusaha dan lakukan amanah diberi dengan sepenuh hati. Perkara lain kita serahkan kepada-Nya.

“Untuk Getaran Jiwa yang juga program terbitan TV Sarawak yang dijadualkan bermula pada 21 Oktober depan, bermakna saya bakal berulang alik antara Kuching dan Kuala Lumpur.

“Alhamdulillah komitmen tugasan untuk beberapa program televisyen sedia ada juga masih berjalan, tiada masalah dari segi jadual kerana setiap proses di studio sudah diatur sehabis baik.

“Pada masa sama saya juga akan tampil dengan album penuh tidak lama lagi. Semua ini perlukan kesungguhan dan semangat. Syukur saya dikelilingi ramai insan positif,” katanya. – KOSMO! ONLINE

POPULAR