fbpx

Siti Nur Atiqah menyamar pegawai kanan KDN dicari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular memaparkan seorang wanita mengaku telah dilantik sebagai Pengarah Bahagian Kewangan KDN.

SEPANG – Seorang pegawai kanan di Kementerian Dalam Negeri (KDN) membuat laporan polis bagi meminta pihak berkuasa menyiasat seorang wanita yang mendakwa dilantik sebagai Pengarah Bahagian Kewangan KDN.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan awal mendapati, wanita berkenaan didapati menyamar sebagai penjawat awam bagi tujuan menipu.

Beliau berkata, pengadu yang juga Setiausaha Bahagian KDN memaklumkan KDN tidak pernah melantik mana-mana individu untuk menjawat jawatan Pengarah Bahagian Kewangan KDN.

“Malah, siasatan juga mendapati jawatan tersebut sememangnya tidak pernah wujud.

“Semalam, pengadu menerima satu mesej daripada aplikasi chat kumpulan Pegawai KDN mengenai satu pautan video yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook atas nama Pseudoscience Watch.

“Pengadu kemudiannya telah membuka pautan video tersebut dan telah melihat satu rakaman video yang memaparkan seorang wanita dikenali Siti Nur Atiqah yang mendakwa beliau telah dilantik sebagai Pengarah Kewangan KDN,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, menerusi video itu, turut dipaparkan tangkap layar laman sesawang KDN yang telah diubahsuai dengan menyatakan penama Datuk Seri Siti Nur Atiqah Baba sebagai Pengarah Bahagian Kewangan KDN.

Wan Kamarul Azran berkata, pengadu kemudian telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya untuk langkah seterusnya.

Menurutnya, pegawai penyiasat IPD Sepang juga telah menghubungi pengadu dan pengadu juga dikehendaki hadir memberikan keterangan di IPD Sepang pagi esok.

“Hasil semakan ke atas pautan tersebut mendapati terdapat satu rakaman video yang berdurasi selama lebih kurang 1 minit 40 saat yang mendakwa bahawa suspek telah dilantik sebagai Pengarah Bahagian Kewangan KDN.

“Hasil semakan juga mendapati rakaman berkenaan telah dimuat naik kira-kira 21 jam yang lalu dan telah menerima lebih 1,000 komen dan telah ditonton sebanyak 50,600 tontonan,” katanya.

Katanya, pengadu membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan wanita berkenaan selain mengelak orang awam terjerat dengan penipuan dan penyamaran wanita itu.

Wan Kamarul Azran berkata, kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 170/419 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI