fbpx

10 klinik gigi palsu telah diserbu KKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin hadir melakukan lawatan Klinik Pergigian Botanik pada Program Pilot Projek Percetakan 3D di Klinik Kesihatan Botanik, Bukit Tinggi, Klang, Selangor pada hari ini. -Foto oleh ZULFADHLI ZAKI

KLANG- Sebanyak 10 klinik yang menawarkan perkhidmatan pemasangan gigi palsu telah diserbu Kementerian Kesihatan (KKM) pada tahun ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kesemua serbuan itu dibuat sejak penguatkuasaan Akta Pergigian 1971 (Akta 51) bermula awal tahun ini.

“Ini adalah salah tindakan yang dibuat KKM bagi membanteras isu doktor gigi palsu yang menawarkan perkhidmatan mereka kepada orang awam.

“Baru-baru ini juga, kita ada buat serbuan di sebuah klinik doktor palsu di Setapak, Kuala Lumpur,” katanya kepada pemberita selepas melawat Klinik Pergigian Bandar Botanik, di sini, hari ini.

Menurut beliau, pihaknya akan sentiasa membuat pemantauan berkala terhadap klinik-klinik gigi yang disyaki dikendalikan oleh doktor gigi palsu.

Sehubungan itu, Khairy meminta orang ramai membuat aduan kepada KKM sekiranya mengesyaki klinik-klinik ini terdapat di kawasan mereka.

“Sekiranya didapati bersalah, denda maksimum RM300,000 boleh dikenakan kepada pesalah.

“Denda yang dikenakan sangat tinggi jadi saya harap, doktor gigi palsu ini berhenti lah menawarkan perkhidmatan mereka kepada orang awam,” tegasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI