fbpx
Taufan Ian membadai Florida beberapa hari lalu sebelum menghala ke Carolina Selatan. – AFP

Wanita dakwa dari masa depan silap ramal kejadian taufan di Florida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON – Seorang wanita yang mendakwa dirinya adalah individu dari masa hadapan, mengundang kesangsian peminat selepas ramalannya mengenai taufan yang membadai negeri Florida, berlaku dua bulan lebih lambat, lapor akhbar Daily Star semalam.

Kim Windell Necos  mendakwa bahawa dia seorang pengembara masa dan  berasal dari tahun 2090. Wanita itu  sebelum ini menyatakan bahawa  taufan paling buruk dalam sejarah akan membadai negeri Carolina Selatan pada 14 Ogos 2022.

“Pada 14 Ogos 2022, taufan paling buruk dalam sejarah akan melanda Carolina Selatan dan ia akan menjadi taufan Kategori 6 pertama dengan kelajuan angin melebihi 402 kilometer sejam.

“Ia akan membawa kemusnahan bernilai berbilion-bilion dolar dan ramai orang hilang nyawa. Jaga diri anda semua,” katanya menerusi amaran sebelum ini di laman Facebook.

Beberapa ahli kumpulan perbincangan Facebook, Time Travel bagaimanapun mempersoalkan kenyataan tersebut beberapa hari selepas taufan itu sepatutnya berlaku.

Bukan sahaja tidak berlaku pada tarikh yang dinyatakan, Taufan Ian bahkan membadai negeri Florida beberapa hari lalu dan kemudian menghala ke Carolina Selatan dan bukan dalam Kategori 6.

“Beberapa hari ini, saya terfikir bahawa Taufan Ian berlaku tidak seperti yang dinyatakan oleh individu kononnya dari masa hadapan.

“Ia tidak berlaku pada 14 Ogos, sebaliknya lebih lambat,” kata seorang netizen, Romina Mangiavacchi. 

Necos bagaimanapun tidak menjawab sebarang pertanyaan mengenai perkara tersebut. – Agensi 

POPULAR