fbpx

Mi sup lauk ‘lintah’, netizen loya tekak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar mi sup yang dimakan seorang pelanggan di sebuah kedai makan mengandungi lintah yang masih hidup.

PETALING JAYA – Seorang pengguna berkongsi kejadian malang menimpa dirinya apabila mi sup yang dimakannya di sebuah kedai makan mengandungi lintah yang masih hidup.

Kejadian itu dikongsinya pemilik akaun @meayrolir di akaun TikTok yang sehingga kini mendapat 478,000 tontonan.

Dalam video berkenaan, pemuda itu menunjukkan juadah mi segeranya yang telah habis dan hanya tinggal lintah yang masih hidup, ‘berenang’ dalam sisa kuah mi celup yang dinikmatinya.

Bagaimanapun pengguna berkenaan tidak mendedahkan lokasi kejadian.

“Macam mana lintah itu boleh masuk dalam mangkuk tu agaknya, dapur kedai itu dekat dengan kawasan paya kot,” kata Norisma07

“Nasib baik tak masuk dalam perut,” kata @farareyda

“Alahai kembang tekak kita,” ujar @lilisurianisharif

Dalam pada itu, ada netizen yang menyatakan lintah tersebut mungkin datang dari dalam sayur kangkung seperti kes yang tular beberapa tahun lalu yang mengakibatkan seorang mangsa meninggal dunia kerana tidak menyedari telah memakan lintah dan membiak dalam ususnya.

Sementara itu, ramai juga yang menyatakan ‘loya tekak’ setelah melihat video tersebut dan bersyukur pengguna tersebut tidak memakannya kerana risau hal yang buruk bakal terjadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI