fbpx

PRK Kuala Kubu Baharu: ‘P. Ramasamy patut masuk PN, ramai akan sayang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi (kiri), Ramasamy

HULU SELANGOR – Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil membidas cadangan Presiden Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (URIMAI) untuk memboikot calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao.

Menteri Komunikasi itu berpandangan bahawa P. Ramasamy sepatutnya mendaftarkan diri atau parti beliau menyertai Perikatan Nasional (PN).

“Alahai P. Ramasamy. Saya rasa beliau kurang kasih sayang. Saya tak pasti sama ada parti atau beliau sendiri telah mendaftar untuk masuk PN.

“Masuklah PN. Sebab ramai dalam PN itu yang saya percaya akan sayang beliau,” katanya pada sidang akhbar sempena lawatan kerja di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), di sini hari ini.

Terdahulu, P. Ramasamy dilaporkan mendakwa banyak janji yang ditaburkan kerajaan kepada kaum India sebelum ini gagal ditunaikan.

Berikutan itu, beliau meminta masyarakat India untuk memboikot calon Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.

PRK Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertembungan empat penjuru melibatkan Sock Tao, calon PN, Khairul Azhari Suat, Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Mengulas lanjut, Fahmi memaklumkan, UMNO dan Barisan Nasional (BN) sudah melakukan perbincangan bagi memastikan MIC untuk sama-sama berkempen bagi menyantuni pengundi India.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, ketiadaan kelibat pemimpin Pas turun membantu kempen calon daripada Bersatu kemungkinan disebabkan kekalahan yang sudah dijangka lebih awal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI