fbpx

Mahkamah: JPJ sahkan Honda Civic Hybrid putih milik Shahrir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahrir Samad.

KUALA LUMPUR – Seorang Penolong Pengarah di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesahkan kereta jenis Honda Civic Hybrid berwarna putih adalah milik bekas Pengerusi Felda Tan Sri Shahrir Ab. Samad.

Zaharudin Zainuddin, 51, yang merupakan Penolong Pengarah JPJ di ibu pejabat JPJ, Kementerian Pengangkutan di Putrajaya berkata kereta tersebut didaftarkan atas nama Shahrir pada 31 Disember 2013.

“Saya sahkan bahawa dokumen ini dikeluarkan melalui Sistem Online JPJ MySikap dan saya sahkan ia adalah milik Shahrir yang beralamat di Taman Perbadanan Islam, 80250 Johor Bahru, Johor.

“Kenderaan buatan Honda model Civic Hybrid berwarna Putih adalah kenderaan persendirian-motokar individu,” kata saksi pendakwaan ke-19 itu ketika membaca pernyataan saksinya.

Pada Ogos lalu, mahkamah diberitahu, Shahrir membuat membuat bayaran secara ‘lump sum’ bagi pembelian sebuah kereta jenis Honda Civic Hybrid berjumlah RM118,485 menggunakan sekeping cek sembilan tahun lalu.

Rozana Khalid, 43, yang merupakan Eksekutif Akaun di Sutera Auto Sdn. Bhd. Johor Bahru berkata beliau terlibat dalam proses penutupan akaun bagi pembelian kenderaan Honda Civic Hybrid berwarna putih yang dibeli oleh pembeli iaitu Shahrir.

Sebelum itu saksi pendakwaan keenam Nurrul Hafizah Md. Roslan, 40, yang merupakan eksekutif pentadbiran di tempat penjualan kereta sama beliau telah menyediakan invois (pembelian kereta) selepas dimaklumkan bahawa urusan pembayaran serta pendaftaran kenderaan itu (Honda Civic) dengan JPJ telah selesai selain telah menerima fail pembelian.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin bersambung lagi esok.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Natrah Fareha Rahmat manakala peguam Datuk Syed Faisal Al-Edros Syed Abdullah mewakili Shahrir.

Shahrir, 72, didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan yang bertentangan dengan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, iaitu tidak mengisytiharkan pendapatan diterima daripada Najib berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek yang kemudian dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di LHDN Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini pada 25 April 2014 mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI