fbpx

‘Hantu kancil merah’ tular ditahan, pemandu positif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hantaran mengenai 'hantu kancil merah' yang tular di media sosial.

ALOR GAJAH – Kereta kancil merah yang tular di Facebook kerana didakwa dipandu secara melulu sehingga menimbulkan kebimbangan penduduk di Masjid Tanah di sini berjaya diberkas pihak polis, hari ini.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, pemandu lelaki berusia 24 tahun itu ditahan kira-kira pukul 11 pagi di Balai Polis Masjid Tanah.

“Hasil pemeriksaan ke atas pemandu mendapati dia tidak mempunyai lesen selain cukai jalan keretanya juga telah tamat tempoh.

“Ujian saringan air kencing dilakukan juga menunjukkan suspek positif dadah,” katanya kepada pemberita di sini.

Hari ini tular satu hantaran di Facebook memaparkan gambar sebuah kereta kancil merah berserta kapsyen ‘Hantu Kancil Merah Wanted’ yang didakwa dipandu secara melulu sehingga mengundang keresahan penduduk setempat.

“Mengganggu ketenteraman dan jiwa manusia di jalan raya, ibarat Masjid Tanah dia punya.

“Hendak tunjuk samseng dekat jalan raya, memekak shaja ekzos tak padan Kancil. Ramai yang sedang mencari pemilik kereta ini,” tulis hantaran itu.

Kata Arshad Abu, suspek yang merupakan peniaga makanan kini direman bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI