fbpx
Seorang waris memeluk mayat mangsa tragedi yang berlaku malam semalam di Stadium Kanjuruhan. - Malang Post

Puluhan mayat mangsa rempuhan di Stadium Kanjuruhan masih belum dituntut waris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA – Puluhan mayat insiden rempuhan di Stadium Kanjuruhan di Jawa Timur masih belum dikenal pasti oleh waris, lapor laman berita Malang Post hari ini.

Perkara tersebut disahkan Ketua Jabatan Kesihatan Malang, Dr. Wiyanto Wijoyo yang ditemui wartawan di Hospital Wava Husada Kepanjen.

Langkah pertama Perkhidmatan Kesihatan selepas kejadian tengah malam itu adalah merujuk pesakit kritikal ke beberapa hospital.

Dua daripadanya adalah Hospital Kanjuruhan Kepanjen dan Hospital Saiful Anwar Malang.

“Masih ada jenazah yang belum diuruskan. Identiti dan keluarganya belum diketahui,” kata Wiyanto.

Tambah Wiyanto, bilik jenazah di Rumah Mayat Hospital Kanjuruhan juga sudah mencapai kapasiti maksimum yang boleh memuatkan sebanyak 20 mayat.

“Buat saudara-mara yang sedang mencari ahli keluarga yang terlibat dalam insiden ini,  boleh ke Hospital Saiful Anwar atau ke RSUD Kanjuruhan. Kami akan menubuhkan pusat panggilan untuk membantu masyarakat,” tambahnya. – Agensi 

POPULAR