fbpx
Mustapa (tengah) semasa melawat tapak projek CSR di sempadan Merapoh-Gua Musang semalam.

Projek lebuh raya CSR di Kelantan dijamin siap akhir 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG – Kerajaan komited untuk memastikan Projek Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) dari Kuala Krai ke sempadan Pahang siap sepenuhnya pada akhir tahun 2025.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kerja pembinaan lebuh raya sepanjang 129.5 kilometer dengan kos RM3.2 bilion ringgit kini sedang giat dijalankan.

Katanya, Jabatan Kerja Raya (JKR) ketika ini memaklumkan, terdapat 10 sub pakej berjalan dengan baik kecuali satu pakej 3D di bulatan Gua Musang ke Mentara sepanjang 10 kilometer.

“Tugas JKR sudah pasti bahawa apa dirancang, ia dapat disiapkan. Bagi Kelantan, kerajaan negeri ingin melihat supaya semua projek projek jalan siap sebelum akhir 2025.

“Kelantan juga sedang bersiap sedia untuk Sukan Malaysia (Sukma) yang akan berlangsung 2026. Jadi, mengikut perancangan sehingga akhir 2025 semua projek perlu siap sepenuhnya,” katanya.

Menurut Mustapa, bagi pakej 3D projek terbabit lewat disiapkan disebabkan beberapa masalah termasuk kekurangan pekerja dan bahan api diesel.

Katanya, projek pakej 3D telah bermula sejak tahun 2018.

“Jangkaan siap projek berkenaan pada tahun 2024, namun isu utama ketika ini adalah kekurangan pekerja.

“Wakil-wakil syarikat telah memberi taklimat dan kebanyakan mereka menyatakan bahawa masalah pekerja asing menjadi faktor projek terbengkalai dan lambat siap berbanding masa yang ditetapkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

POPULAR