fbpx

Perebutan gelaran dunia MotoGP semakin hangat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PECCO (kanan) menamatkan saingan di kedudukan ketiga pada GP Thailand sebentar tadi yang dimenangi oleh Oliveira, manakala tempat kedua disandang Miller. - AFP

BURIRAM – Perebutan gelaran dunia Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) semakin sengit apabila pelumba Ducati Francesco ‘Pecco’ Bagnaia kini hanya dipisahkan dua mata dengan pelumba Yamaha, Fabio Quartararo.

Perlumbaan tersebut  yang ditangguhkan gara-gara hujan lebat memberi peluang kepada Bagnaia mengatur strategi meskipun mengakui beraksi litar basah bukan pilihan utamanya di Grand Prix (GP) Thailand sebentar tadi.

Pelumba Itali tersebut bijak mengawal rentak perlumbaan sebelum menamatkan saingan podium tempat ketiga di Litar Antarabangsa Chang, Buriram selepas pelumba Red Bull KTM, Miguel Oliveira melakar kemenangan tersebut dengan mengatasi Jack Miller (Ducati).

Sementara itu, juara dunia MotoGP 2021, Quartararo terus berputih mata apabila gagal mengutip sebarang mata sekadar menamatkan perlumbaan tempat ke-17.

Bagnaia ternyata gembira dengan pencapaian tersebut kerana ia adalah podium pertamanya beraksi dalam keadaan litar basah.

“Saya benar-benar gembira hari ini kerana berjaya menamatkan saingan di podium meskipun saya tahu ia bukan mudah melakukannya,” kata Bagnaia.

Hasil keputusan tersebut, Bagnaia membawa bekalan terbaik menjelang saingan di GP Australia pada 17 Oktober nanti selepas hanya dibezakan dua mata dengan Quartararo selepas mengumpul 217 mata keseluruhan.

Pelumba Aprilia Racing, Aleix Espargaro yang menamatkan saingan tempat ke-11 di Thailand berada di kedudukan ketiga carta kedudukan pelumba selepas mengumpul 199 mata. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI