fbpx

Min-ho cetus histeria, tersentuh sambutan di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Bintang tersohor, Korea Selatan Lee Min-ho mengakui hatinya sangat tersentuh dengan sambutan hebat yang diraih daripada peminat di sini.

Teruja dengan sambutan yang diterima, aktor yang terkenal menerusi drama Boys Over Flower itu tidak menyangka masih diberi kesempatan kembali ke Malaysia dan bertemu dengan peminatnya.

“Kali terakhir saya datang ke sini pada tahun 2016 dan masa berlalu sangat pantas.

“Walaupun selepas enam tahun, saya masih menerima sambutan hebat daripada peminat di sini. Terharu dan gembira melihat mereka yang menyambut kedatangan di lapangan terbang tempoh hari,” katanya pada sidang akhbar sempena Konsert Ulang Tahun kelapan Cuckoo di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil di sini, malam tadi.

Katanya lagi, hatinya sayu apabila ada peminat yang menyatakan terlalu merinduinya ketika tiba di lapangan terbang tempoh hari.

“Selepas melangkah keluar dari pesawat, saya ternampak tulisan daripada peminat yang meluahkan kerinduan.

“Hati saya sangat tersentuh. Peminat dari Malaysia sangat baik.

“Saya sangat berbesar hati menggalas tugas sebagai duta Cukcoo dan tidak akan menolak sekirangan diberi peluang untuk bekerjasama dengan orang Malaysia,” katanya lagi.

Akan datang, Min-ho juga sedia menjalin kerjasama dengan mana-mana projek melibat Malaysia satu hari nanti.

Berkongsi sedikit tentang perkembangan kerjaya, pelakon berusia 35 tahun itu kini sedang menjalani penggambaran drama Ask The Star dan Pachinko musim kedua.

Sementara itu, ketika berada di pentas utama, Min-ho turut mengundang perhatian ramai apabila mengungkapkan beberapa potong ayat dalam bahasa Melayu.

“Saya rindu padamu dan Aku cinta padamu,” katanya sebelum disahut sorakan hebat daripada penonton.

Sejak semalam, namanya turut sohor kini dalam Twitter dan rata-rata peminat juga tanpa henti memuji ketampanan jejaka tinggi lampai itu.

Selain penampilan istimewa duta Cuckoo, Min-ho, kira-kira lebih 9,000 penonton yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan hebat daripada beberapa artis ternama seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Jamal Abdillah, Hael Husaini, Floor 88 dan Misha Omar.

Konsert yang bertemakan Appreci8th (penghargaan) itu merupakan acara julung-julung kali diadakan bagi meraikan pelanggan setia Cuckoo.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI