fbpx

Alam Flora pupuk budaya kitar semula pelajar sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KETUA Pegawai Operasi Alam Flora, Azahari Zainal Abidin (belakang, kiri)menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan reka cipta.

PUTRAJAYA – Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) memperluaskan program 3R, Waste is Amazing, dengan menganjurkan pertandingan cipta bahan kitar semula bertemakan Merdeka sempena sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia baru-baru ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Datuk Mohd. Zain Hassan, sambutan baik yang diterima sememangnya memberi gambaran dan harapan dalam mewujudkan masa depan yang lestari untuk negara kerana ia menyuarakan kesedaran dan keghairahan generasi muda untuk mengambil inisiatif kitar semula.

“Sesetengah penyertaan adalah sangat inovatif dan praktikal apabila sekeping penutup botol yang ringkas boleh diubah menjadi sesuatu yang menarik se­perti hiasan lampu dan daripada sekeping kadbod yang ringkas telah diubah secara kreatif menjadi topi yang cantik.

“Ini jelas menunjukkan bahawa kreativiti tidak mengenal sempadan apabila anda merawat dan melihat sampah biasa dari perspektif yang berbeza,” kata­nya dalam kenyataan semalam.

Katanya, pertandingan tersebut adalah langkah progresif masyarakat ke arah mewujudkan budaya kitar semula dalam kalangan rakyat Malaysia selain menerima lebih 100 penyertaan daripada sekolah rendah dan menengah seluruh negara.

“Pertandingan cipta bahan kitar semula Waste is Amazing juga selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan 40 peratus sisa yang boleh dikitar semu­la dibuang ke tapak pelupusan sampah menjelang 2025.

“Bagi mencapai matlamat ini, Alam Flora telah meningkatkan usaha mendekati pe­ngurusan sisa terutama dalam membuda­yakan amalan kitar semula dalam kalangan rakyat Malaysia dan Waste is Amazing adalah salah satu daripada­nya,” katanya.

Pertandingan itu menyaksikan peserta-peserta menunjukkan kemahiran menggunakan bahan kitar semula seperti plastik, kertas, tin aluminium atau kadbod, untuk menghasilkan reka bentuk yang memerlukan penggunaan warna Jalur Gemilang iaitu merah, putih, biru dan kuning untuk menyemai sema­ngat kemerdekaan negara. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI