fbpx

Sakit otak tengok Zamarul Hisham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HERO otai, Zamarul Hisyam kembali menarik perhatian peminat dengan drama Aku Tanpa Cintamu di sisi Bella Astilah.

PENANTIAN ramai untuk kembali menyaksikan lakonan Zamarul Hisham ternyata tidak sia-sia.

Muncul menerusi drama terbaharu Aku Tanpa Cintamu, watak Adam lakonan Zamarul berjaya membuatkan penonton naik darah.

Masakan tidak, Adam merupakan seorang suami psiko yang emosinya boleh berubah dalam sekelip mata termasuk memukul isteri sendiri, Nuha lakonan Bella Astillah.

Watak tersebut seterusnya menjadikan Zamarul yang merupakan hero drama sebagai karakter paling dibenci ketika ini.

“Stres dan sakit otak aku dibuatnya watak Adam ini,” luah salah seorang penonton. Sakit hati dengan watak Zamarul. Pandai dia buat semua penonton benci terhadap Adam,” kata seorang lagi peminat drama berkenaan.

Selain Zamarul, drama yang mengisi slot Samarinda arahan Emi Sufian tersebut turut menampilkan pelakon Datuk Eizlan Yusuf dan Malek Mccrone.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI