fbpx

Beremosi sungguh Puteri Balqis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAKONAN Puteri Balqis dalam video muzik Yamani Abdillah yang mencuri banyak perhatian.

BAKAT yang dimiliki pelakon remaja Puteri Balqis tidak perlu lagi dipertikai ramai.

Berilah apa sahaja karakter atau tugasan, pasti akan dilunaskannya dengan cemerlang, termasuklah menjadi model video muzik lagu Balasan Janji Palsumu nyanyian Yamani Abdillah.

Dalam video tersebut, Balqis dilihat memakai dres putih persis seorang puteri.

Satu hal yang mengagumkan ialah cara Balqis mengolah emosi karakternya dengan mimik muka yang sungguh berkesan.

“Sedap sungguh nyanyian Yamani ditambah pula kehadiran Balqis, terus gempak,” puji seorang peminat.

“Cantik sungguh Balqis, pandai beri emosi walaupun hanya beberapa minit muncul,” komen pengguna TikTok.

Lagu Balasan Janji Palsumu pernah dipopularkan kumpulan Leon.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI