fbpx

Sampel DNA seorang lagi pekerja kuari diambil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Yusri.

IPOH – Pengesahan identiti Kheow Loo Siew Soon iaitu pekerja kuari yang maut tertimbus runtuhan batu di tapak kuari di Keramat Pulai di sini Mac lalu dibuat menerusi sampel asid deoksiribonukleik (DNA) adik-beradiknya.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, sampel tersebut diperoleh mengikut prosedur forensik di sebuah hospital di Switzerland.

“Adik-beradik mangsa kini berada di luar negara dan mereka telah memberikan sampel DNA untuk dipadankan dengan lelaki itu.

“Pihak Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) sedang berurusan dengan hospital di sana bagi mengambil DNA tersebut untuk dibawa pulang ke negara ini,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Menurut Mohd. Yusri, pihaknya belum mengetahui keputusan DNA seorang lagi mangsa runtuhan batu membabitkan lelaki Orang Asli, Itam Lasoh, 43.

“Bagi pihak polis, siasatan kes ini telah pun selesai dan kita sedang menunggu laporan ujian DNA kedua-dua mangsa daripada pihak hospital.

“Keputusan ujian DNA ini mungkin mengambil masa kerana perlu melalui beberapa prosedur ekoran keadaan tulang yang telah lama,” katanya.

Dalam kejadian pada 8 Mac lalu sekitar pukul 9.15 pagi, dua pekerja kuari, Itam dan Loo Siew Soon, 49, dilaporkan hilang selepas dipercayai tertimbus runtuhan batu di tapak kuari dekat Keramat Pulai di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI