fbpx

Kepala air perangkap Ibu, anak di seberang sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak bomba menyelamatkan mangsa yang terperangkap di seberang sungai akibat kepala air di sebuah sungai berhampiran Balai Polis Lama Gombak, hari ini.

GOMBAK – Ibu beserta tiga orang anaknya terperangkap di seberang sungai selepas berlakunya kepala air ketika sedang berkelah di sebuah sungai berhampiran Balai Polis Lama Gombak, hari ini.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya terlebih dahulu menerima panggilan kecemasan pukul 2.37 petang tadi berhubung insiden itu daripada mangsa.

Katanya, enam anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Selayang bergegas ke tempat kejadian dan sampai ke lokasi 30 minit selepas menerima panggilan itu.

“Laporan awal kejadian melibatkan empat orang mangsa terperangkap di seberang sungai berkeluasan 25 kaki ketika aktiviti berkelah susulan hujan lebat dan berlaku kepala air di lokasi.

“Kerja-kerja menyelamat mangsa sedang dilakukan bomba dan ketua balai dalam perjalanan ke lokasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas beliau, mangsa terdiri daripada seorang wanita, dua kanak-kanak lelaki dan seorang perempuan berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI