fbpx

Dengki? Itu masalah anda, bukan saya – Anna Jobling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANNA JOBLING enggan ambil pusing dengan sikap seorang pelakon wanita yang memburuk-burukkan namanya dalam media sosial ketika ini.

PETALING JAYA – “Saya tak kacau sesiapa pun, kenapa nak kacau saya? Buat apa nak dengki dengan orang?.”

Itu persoalan yang tercetus dari bibir pelakon cantik Anna Jobling sekali gus enggan mempedulikan sikap seorang pelakon wanita yang didakwa memburuk-burukkan namanya dalam media sosial.

Anna atau nama sebenarnya, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman juga malas untuk membebankan kepalanya dengan memikirkan perkara remeh-temeh tersebut.

Dia percaya konsep rezeki milik semua orang dan tidak perlu wujud soal iri hati terhadap orang lain.

“Saya tahu perkara ini pun daripada peminat. Saya tak kacau sesiapa pun, kenapa nak kacau saya? Buat apa nak dengki dengan orang.

“Rezeki tak pernah salah alamat. Saya percaya rezeki masing-masing. Saya tak ganggu sesiapa, kenapa nak ganggu saya pula,” soal pelakon asal Melaka itu keliru.

Lebih mengecewakan Anna, pelakon wanita yang didakwa memburuk-burukkan namanya itu adalah orang yang dikenali bahkan pernah berlakon bersama sebelum ini.

“Paling buat saya terkejut kerana saya pernah berlakon dengan dia. Hubungan saya dan dia macam biasa sahaja,” katanya.

Ditanya sama dia berhasrat hendak bersemuka dengan pelakon yang semakin meningkat naik itu, Anna berasakan tiada keperluan untuknya berbuat demikian memandangkan bukan dirinya yang mencetuskan onar.

“Saya tak akan sesekali merendahkan diri ke tahap sebegitu.

“Saya akan terus bekerja kuat, berfikiran positif dan sibuk dengan hal sendiri. Ingatlah semakin anda dengki dengan orang, semakin sikit rezeki anda.

“Kalau saya berjumpa dengan dia selepas ini, saya akan tetap menjadi diri sendiri. Jika anda dengki dengan saya, itu masalah anda, bukan masalah saya,” katanya ketika ditemui usai pementasan pertama teater Maduku Terpaling Kalut di Pusat Seni Persembahan Petaling Jaya (PJPAC) di sini malam tadi.

Selain Anna, 22, teater arahan Azhar Zainal yang dipentaskan bermula 29 September hingga 2 Oktober itu turut menampilkan Azrel Ismail, Puteri Sarah Liyana, Syafiq Naser, Curly Jow dan Aya Amiruddin.

Terdahulu, seorang pelakon wanita didakwa mempertikaian penampilan Anna yang dijemput menghadiri sebuah program hiburan.

Isu tersebut menjadi perbualan hangat dalam kalangan peminat dan penyokong pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu dalam Twitter sebelum diketahui sendiri tuan punya badan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI